..’Ulum…

June 21st, 2009

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

Nabi SAW bersabda,

‘mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah. Dan pada keduanya terdapat kebaikan. Berusahalah meraih apa-apa yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada ALLAH, dan janganlah engkau bersikap lemah. Jika sesuatu musibah menimpamu maka janganlah engkau mengatakan, “ seandainya aku melakukan ini sudah tentu hasilnya akan begini,” akan tetapi katakanlah, ‘Ini adalah takdir ALLAH dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi,” sebab berandai-andaian itu dapat membuka pintu kejahatan syaitan.

(HR Muslim no.2664)

Bersabarlah wahai ukhti,                                                                                                                                                              Hidup ini menempuh dugaan, pasti ada kebahagiaannya…

“Inna ma’al ‘usri yusra”                                                                                                                                                                 setiap kesusahan itu pasti diiringi dengan kesenangan….  =)

Bookmark and Share
March 18th, 2009

“Kenyataan Hidup Disebalik Permainan Ini.”

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

original copy from:

Ibnu-Mustafa,

http://www.ibnumustafa.blogspot.com/

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”

“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Faham cikgu…”

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

“Cikgu ada Qur’an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda semua berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?”

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. “Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. .. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka lakukan… Dan itulah yang mereka inginkan.”

“Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.”

“Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar,
akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar”.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…”

Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya…

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA.. MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA… MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN
DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2.. USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM… AMPUNILAH SELURUH DOSA UMAT ISLAM.. AMEEN….

Bookmark and Share
March 12th, 2009

Dosa Umpat (Back-biting) Kekal Jika Tidak Diampunkan Mangsa….!

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

Rasulullah SAW pernah bersabda, ” Bantulah saudaramu yang menzalimi dan dizalimi. Maka berkata seorang sahabat, “Wahai Rasulullah (SAW), saya akan menolong yang dizalimi, tetapi bagaimana mungkin saya menolong yang menzalimi?” Berkata Rasulullah SAW, “Halanglah ia daripada melakukan kezaliman, maka dengan itu engkau telah menolongnya. ” (HR Bukhari)

Mengumpat ialah menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak, perbuatan itu termasuk apabila menyebut keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya, tetapi diketahui orang yang mendengarnya.

Rasulullah SAW bersabda, ” Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang dibencinya,” (HR MUSLIM)

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan sahaja besar malah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW, “Wahai orang yang berimandengan lidahnya tetapibelum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim dan janganlah kamu mengintip keaiban orang lain. Sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban orang lain makan Allah akan mengintip dan mendedahkannya meskipun dia berada di dalam rumahnya sendiri. (HR ABU DAUD)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah SAW, “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api yang memakan ranting kayu kering,” (Diriwayatkan oleh Abu Umah al-Bahili).

Di akhirat nanti, seseorang akan terkejut besar apabila melihatkan catatan amalan kebaikan yang tidakpernah dilakukannya di dunia,maka dia berkata pada Allah SWT,

“Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya..”

Maka Allah menjawab,

“Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui,”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengupat tidak ada lagi untu diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat itu akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah yang dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukannya…

Acute punishment by Allah to the backbiter…(Click Here)

Original Source from : ISLAMIC CARE CAMPAIGN article, IIUM, March 2009 Edition.

Bookmark and Share
February 26th, 2009

“Saya Mahukan Wanita Solehah” by Mohd Dzul Khairi Mohd Noor (www.iluvislam.com)

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

“Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika. Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun…….

seterusnya….

Bookmark and Share
February 14th, 2009

SURAT CINTA BUAT SEORANG HAWA….

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

Cemburu kulihat Sang Pungguk memadu rindu dengan Sang Bulan. Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan. Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang. Tapi aku, terus kepiluan. Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu….

Hawa…

Diciptakan indah, bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya, tapi daripada rusukku untuk dilindungi, dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai.

Hawa…

Dulu, kuperlukanmu sebagai teman berbudi. Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi. Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabah diri. Tapi kini, keindahanmu yang sering kupuja, kau salah erti… Kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.

Kaumku kekaburan. Matanya bertelanjang. Hatinya lemas ditelan keasyikan. Ah, memang kaumku suka mengambil kesempatan! Tapi, kenapa kau jual dirimu bak barang pameran? Di mana hilang malumu yang menjadi hias pakaianmu?

Tidakkah kau tahu, tubuh montokmu jadi hidangan enak buat mata, tetapi racun pada jiwa. Aku bisa terhumban ke neraka kerananya. Kau gunakan keistimewaan untuk menggoda. Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu melemahkan iman.

Oh, Hawa…

Aku rindukan Hawa yang dulu…Malu, terjaga, terpelihara….

Hawa…

Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok, perlu hati-hati untuk luruskan. Lantaran itu, kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki…bukan juga mengugut dengan paruh berbisa….tetapi supaya direnung bersama. Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.

Dengarlah bisikan kasihku,

sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu – sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah….

Hawa…

Namamu indah, biarpun di mana, di segenap jiwa,

Kaulah ibu, terukir kasih di paparan dada,

Kaulah kekasih, dirindui saban ketika,

Kaulah puteri, pengubat duka, penyejuk mata,

Kaulah adik, pemberi semangat paling berguna,

Kaulah mukminah, terukir indah di setiap dada…

-Adam

Bookmark and Share
February 11th, 2009

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

…Sedikit tazkirah untuk renungan bersama…

Kita sebenarnya perlu kuat untuk membimbing hati agar tidak tersasar dari landasan agama, dan untuk melakukannya, ianya bukan sesuatu yang mudah. Sedikit tazkirah daripada seorang seniorku semalam, benar-benar menusuk kalbu. Aku memang lemah, mudah goyah dengan keadaan sekelilingku. Pengaruh persekitaran amat kuat dan aku perlu selalu muhasabah diri. Namun, itu bukan sesuatu yang tidak boleh diubah. Aku perlu sentiasa kuatkan hati dan jiwa untuk menempuhi kehidupan dan melaksanakan tanggungjawabku sebagai da’ie di atas muka bumi ini, dan itu kewajipan setiap insan bergelar Muslim.

Biarpun orang lain memandang dengan pandangan prejudis terhadap diri kita, namun kita tidak boleh kalah. Selagi kita berpegang pada asas agama yang kukuh dan senantiasa memanjatkan doa pada Allah, sesuatu perkara itu dapat diubah dengan izin-Nya. Islam mengajar kita menjadi hamba Allah yang tinggi akhlak, dan budi pekerti. Dan Islam senantiasa bersesuaian dengan arus kemodenan dunia.

Tunjukkanlah akhlak yang baik, sabagaimana Islam mengajar kita berbuat baik pada sesama manusia, dan yang paling penting, berdakwahlah melalui akhlak yang baik. Insya-Allah, kita akan dapat menarik saudara-saudara se-Islam yang lain merapati Islam dan menjadi manusia yang lebih baik, dihormati dan disegani. Apa yang penting, kita tidak boleh sesekali berputus asa, sebaliknya kita perlu beristiqamah dalam melakukannya. Ya, ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi lebih baik kita mencuba berbanding langsung berputus asa dan tidak melakukan apa-apa perubahan….

~aishah

Bookmark and Share
January 16th, 2009

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

kadang2 aku tertanya-tanya sendirian,mengapa kita sering ditakdirkan untuk bertemu..

sedangkan telah ku berdoa sesungguhnya, agar tidak lagi diduga ALLAH dengan ujian yg sebegini berat…

Walaupun aku tidak pernah faham mengapa, tapi amat kuyakin, ALLAH punya perancangan-NYA tersendiri,

yang mana ALLAH ingin melihat aku bahagia,

melihat aku dekat di sisinya,

ALLAH ingin mengangkat darjat kami,

ALLAH ingin mengampuni dosa-dosa kami…

ALLAh ingin melihat aku tabah, dan ALLAH ingin melihat kami sentiasa mengampiri-NYA..

dan Allah juga menyayangi dirinya..

itulah sebab mengapa ALLAH sering menduga, kerana betapa ALLAH terlalu prihatin dan mengambil berat akan diri kami..

Ya RAbbi, ampuni kami…

Bookmark and Share
December 31st, 2008

tRy aLL tHe BeSt..! (”,)

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

No matter what the circumstances is, NEVER GIVE UP! Throughout life, you will always hit high and low points, harder and easier experiences, but you have to STAY STRONG! It’s the key to everything, STAY STRONG and NEVER GIVE UP!There’s always something out there worth fighting for and always better and always worth it. No matter how much you think there isn’t, there always is and you’ll find it, no matter what…”

I still remember the incidence that brought me to keep this advice still in my mind and it really helps me, lifting up my burdens of thought throughout the hardness in my life. I was harshly given up and she (my friend) came to me, encouraged me of what I should face. Until now, I still keep it pasted on the wall, put my minds on it whenever I should, whenever I need to strengthen up my soul.

Friends,

Sometimes we muse,

Why we never achieve something vital in our life, that if we could be, it may brighten up our prospect… Sometimes when looking at others’ achievement, we’re spiritualized by their success and nurtured some encouragement from their excellence. But, when after we had tried our best in our field, with the maximal efforts put on, we were almost giving up when our targets didn’t achieve. But we should be positive! It’s not the end of everything!

A verse from Surah al-Baqarah has strengthen up my spirit about all of these. “Maybe you hate something, but it is the best of all to you, and maybe you love something, but it the worst to you.” (2:216)

After putting on effort, you should let your soul to Him. He knows what the best for you, and if you keep in patience, one day you’ll find some fascinating excitement in your life…

But,

Among all, the best thing is, we should ALWAYS try. Be istiqamah in trying (45:18). And Allah asks us to put endeavor on things we do. Allah has right on giving success. So, just be patient and TRY! =)

p/s:

(45:18)“ Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.”

(46:13)“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah[1388] maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.

~aishah

Bookmark and Share
December 25th, 2008

Marriage…?

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

Few weeks before, I have attended my sister’s friend wedding. It was so simple and full of Barokah. The bridegroom’s friends were also there, preparing co-operatively for the upcoming ceremony, and it also a sign of firmly-tied brotherhood.

But it’s not my truly concern. I just wondering, “Why most of the students ended by marrying before they’re graduated?

And from what I’ve observed, it was like an endless chain of marriage. If a friend has her wedding today, we’ll find out that the others will follow in the next and next weeks or months….”

Hmm…something interesting to ponder with…

Each lovely invitation card placed on the ironing board of my sis’s room has always attracted me to find out who’s the next. A various range of cards, from the prettiest one until the simplest indicates how simple or highly-celebrated the wedding is going to.

For me, marrying to someone that is the chosen one is the most overwhelming thing that occurs in someone’s life, and simply a huge responsibility has to be performed and emphasized after becoming a husband or wife. It’s not something just to be celebrated with honeymoon and similarly, but also have to cope with the new situation and new, much and much heavier challenges compared to someone entitled ‘single’.

BUT, different people come with the different thoughts…

According to my family’s principle, my parents won’t ever let their children to be married of unless they’re completely graduated. My father always advised us not to have a marriage before its time. Maybe it’s our ‘family culture’, however, thinking from the different scope of life, I think it is also good and much better…

But it depends on every person’s thought and preparation. Wedding is a very pleasant celebration, and it is also encouraged by Rasululullah SAW (please be upon him).There’re lots of consequences will occur, whether good or vice versa, by choosing to be married before holding the scroll or even after it first. But it is not something bad, as I’ve said before; it depends on each person’s preparation to hold the heavier accountability in their new life. Every person comes with a his/her own reasons, and what the most important is, it is BETTER than coupling or dating without ‘aqad and marriage… =)

Bookmark and Share
November 3rd, 2008

Alhamdulillah ya Allah, atas petunjuk-Mu untuk hati ini….

Posted by aishatul-humaira in Uncategorized

Allah datangkan hati ini sebagai rahmat,

Allah kurniakan rasa cinta yang mendalam pada hamba-hamba pilihanNya….

Allah juga curahkan kasih sayang dengan berbeza-beza caranya..

Yang mana,

Allah juga kurniakan hati ini sebagai ujian…

Ujian yang datangnya dari kelemahan diri,

yang kadangkalanya terpesong dari prinsip diri…

Namun kini aku mengerti…

Rupa-rupanya Allah masih mengasihi…

Kerana aku masih di sini,

Bersujud bersyukur atas rahmat Ilahi,

Kerana menyelamatkan diriku dari sesuatu yang tidak pasti….

Air mataku menitis lagi dengan linangan…

Hatiku merintih, sakitnya tidak terperi..

Tangan kutadah minta perlindungan,

doa kupanjatkan berterusan…

Agar tidak lagi mengulangi kesilapan dulu…

Agar Allah sentiasa memelihara hati ini..

Daripada kesakitan lalu, yang amat meracuni hati…

Ya Allah Ya Rabbi,

Padamu aku berserah diri…

Jauhkan aku dari mencintai nafsu,

Jauhkan aku dari melanggari prinsip diri,

Yang telah Engkau berikan petunjuk-Mu

Aku hamba yang kurang sempurnanya,

Tidak mampu menolak rasa hati..

Ampuni aku di atas kelemahan diriku…

Jauhi aku dari menfitnahi diri,

Atas apa yang telah berlaku…

Tabahkan hatiku dalam menempuhi liku-liku ujian-Mu, Allahu Rabbi

Kerana kutahu,

Di situ petunjuk-Mu, betapa dalamnya kasih sayang-Mu

Pada hamba sahaya-Mu sekerdil dan sehina diriku…

Ampuni aku, Ya Allah….

Kerana menyakiti hatiku sendiri,

Kerana meletakkan harapan

Pada sesuatu yang tidak pasti…

Na’uzubillahi min zalik!

Alhamdulillah, syukur kupanjatkan lagi…

Tidak terhitung banyaknya,

Cinta dan kasih sayang-Mu padaku..

Engkau menyelamatkan diriku,

Dari siksaan dan kepedihan perasaan hati lagi…

Subhanallah!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Alhamdulillah di atas petunjuk-Mu…

~aisyahumaira

Bookmark and Share
Next Page »